Ciri dan sifat Lemak paus

Lemak jenis ini kaya dengan lipid serta diikat serat kolagen membentuk hipodermis[1] yang meliputi seluruh badan haiwan kecuali sirip dan ekor. Ia berhubung kuat pada otot tulang oleh jaringan tendon dan ligamen berbentuk kipas yang sangat teratur. Sambungan-sambungan ini boleh mencecah hingga 50% jisim badan beberapa mamalia laut dan diukur dari senipis 5 sm hingga setebal 30 sm pada spesies beberapa paus yang lebih besar. Ia mempunyai kandungan air dan lipid bernisbah tertentu yang saling mengimbangi iaitu air berfungsi untuk mengurangkan daya tebat haba sambil lipid bertindak sebaliknya.[2]

Daya tebatan haba dalam lemak ini sangat ideal ketika mamalia-mamalia ini menyelam dalam lautan dalam dan ia tidak termampat di bawah tekanan, haiwan dengan bluber seperti ikan paus dapat bertahan pada suhu serendah 4°C.[3] Suhu air sejuk yang menyempitkan saluran darah melitupi bluber ini mampu meningkatkan daya tebat lemak,[4] keadaan ini dilihat lebih ideal berbanding daya tebat bulu yang hanya mampu bergantung kepada kemampuan memerangkap ruang udara yang boleh terlepas semasa menyelam.